- Pasangan yang bercinta merasakan seolah-olah merekalah pasangan yang paling bahagia di muka bumi apabila menemui kekasih hati yang di damba, sedangkan cinta kepada Ilahi ialah cinta yang paling membahagiakan...
- Pasangan yang bercinta sanggup berbuat apa sahaja demi kekasih yang disayangi demi membuktikan ketulusan cinta mereka. Di kala ini mereka sudah melupakan dosa pahala, apa yang halal dan haram..
- Apabila di katakan cinta itu buta, mereka sanggup mengetepikan pendapat dan larangan keluarga sendiri. Mereka merasakan hanya pendapat mereka sahaja yang betul. Maka tidak hairanlah apabila ada di kalangan mereka sanggup berhabis duit demi kekasih..ATAU bagi mereka yang berkahwin pula, apabila adanya 'Kekasih gelap' antara suami atau isteri, rumah tangga akan porak peranda, anak-anak terabai dan sebagainya..
- Apabila cinta yang mereka dambakan itu tidak ke mana atau terputus di tengah jalan, mereka mula menyalahkan takdir dan menganggap bahawa hidup mereka sudah tidak bererti. Tidak hairanlah ada yang mengambil jalan singkat dengan menamatkan riwayat mereka sendiri.. Wallahualam.
Friday, 21 October 2011
Mengapa Di katakan Cinta Itu Buta?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment