Tuesday 25 October 2011

Adakah Kita Sedih Jika...



Adakah kita sedih jika....Kita hidup dalam kemiskinan...Sudah berusaha tetapi masih hidup dalam keadaan miskin??

Adakah kita pasti bahawa jika kita mempunyai banyak wang, kita akan memanfaatkan wang tersebut di jalan yang diredhai Allah?

Abu Zar menyatakan, Rasulullah SAW bersabda :
"Orang yang memiliki wang dua dirham hisabnya lebih berat jika di bandingkan dengan orang yang hanya
mempunyai wang satu dirham. Dan orang yang mempunyai wang dua dinar hisabnya lebih berat daripada orang yang hanya mempunyai satu dinar." (H.R Baihaqi)..

Oleh itu, marilah kita bersama-sama bersyukur dengan segala nikmat yang telah di berikan Allah kepada kita.Jangan sesekali menggunakan jalan yang salah untuk mencapai matlamat kita seperti rasuah, riba , merompak dan sebagainya kerana jalan-jalan tersebut ternyata terpesong daripada ajaran Islam.

Kita akan lebih merasa nikmatnya apabila kita mendapatkan sesuatu dengan usaha kita sendiri iaitu dengan cara yang halal walaupun di penuhi pelbagai onak untuk di tempuh...Dan apa yang penting ialah menggunakan nikmat tersebut dengan sebaik-baiknya di sertai perasaan penuh syukur kepada Ilahi.








No comments:

Post a Comment