Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Wednesday, 23 January 2013

Kebaikan jintan manis




Jintan manis bukan sahaja boleh digunakan di dalam masakan tetapi ia juga berguna di dalam kesihatan tubuh...Siapa sangka, jintan manis boleh menurunkan berat badan? Kenapa? Kerana jintan manis dalam masa yang sama boleh membakar lemak dalam badan. Selain itu ia juga berperanan untuk membuang angin berlebihan di dalam tubuh. Bagaimana caranya?

1) Rebus jintan manis plus halia yang dipotong halus (jangan pulak letak seketul dlm tu)
2) Biarkan suam dan tapis air jintan
3)Minum air rebusan jintan, seeloknya sebelum tidur. (terpulang kepada individu, boleh juga di pagi hari)

Walaubagaimanapun keberkesanan jintan berbeza antara setiap individu. Namun tidak salah untuk mencuba..

Sunday, 23 October 2011

Cara Menyerikan Wajah...




Ramai yang sanggup berhabis wang untuk membeli pelbagai produk kecantikan
semata-mata untuk memastikan wajah cantik berseri dan menawan,
walaupun begitu, adakalanya produk yang di beli mendatangkan mudarat 
apabila didapati ianya tiada keserasian dengan kulit,
malah kulit bukan semakin cantik tetapi semakin bermasalah..

Sebenarnya dengan berwuduk dapat menjadikan wajah kita berseri..
berseri dalam keimanan
selain pada waktu solat
kita juga di galakkan berwuduk pada waktu- waktu  sunat lain
contohnya waktu sebelum tidur
dan juga sewaktu kita dalam keadaan marah..

Kesan wuduk yang sempurna dapat melahirkan ketenangan dalam jiwa
sekaligus memberi kesan kepada wajah kita..:)

Thursday, 20 October 2011

Sakit Gigi??????



Aduh!!! Sakit gigi...
Bagaimana jika gigi anda sakit secara tiba-tiba....TAPI TIADA UBAT??

Ada beberapa petua yang boleh anda cuba untuk meredakan sakit gigi..

Antaranya ialah dengan menggunakan  bunga cengkih

  • Cuma rendamkan bunga cengkih dalam air suam
  • Letakkan bunga cengkih tersebut di tempat gigi yang sakit..

Selain itu anda juga boleh menggunakan air garam..Iaitu garam  yang di campurkan dengan air suam...
Lalu berkumur beberapa kali dengan air tersebut..
InsyaAllah sakit gigi anda akan 'reda' ..TAPI jangan lupa selepas itu rujuk ke klinik gigi untuk rawatan seterusnya...