Showing posts with label Etika. Show all posts
Showing posts with label Etika. Show all posts

Saturday, 22 October 2011

Ketika Azan Berkumandang


 Ketika azan berkumandang,
Apa yang kita lakukan??
Adakah masih berbual??
Masih ketawa terbahak-bahak??

Adakah kita terfikir, ketika lagu kebangsaan dinyanyikan, 
kita di minta agar berdiri tegak, 
tanpa bercakap, tanpa bergerak...
kerana ia merupakan tanda hormat..

Tapi..kenapa ketika azan berkumandang,
kita tidak menunjukkan penghormatan tersebut?
Kenapa masih bergelak ketawa
sehinggakan suara muazin yang mengalunkan azan
tenggelam dengan suara kita??





Friday, 21 October 2011

ETIKA MEMAKAI CINCIN....

Gambar hiasan



Harus diingat bahawa memakai cincin juga mempunyai etika...Jangan memandang rendah isu pemakaian cincin ini....


Nabi Muhammad Saw berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:
  •   jari manis
  •   jari kelingking (anak jari)  
  •  




    dan jangan memakai pada jari:
    •   jari tengah
    • jari telunjuk

    Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah
    meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.