Berikutan sekarang ni banyak sangat kes yang melibatkan penipuan....ramai yang dah teraniaya oleh org yg tak bertanggungjawab...ramai yang jadi mangsa keadaan tanpa mereka sedari..Contohnya kes sim kad percuma, ramai yang terpedaya dengan taktik agen-agen yang hanya nak kaut untung ni..Mereka hanya ingin mengaut komisyen dan tidak menghiraukan kesusahan orang lain...Ramai mengadu mereka ditipu kerana agen tersebut x memberitahu dengan jelas cas tersembunyi di sebalik SIMKAD PERCUMA tu!!! Percuma ke macam tu? Ya, percuma hanya simkad..camne pula dengan cas tersembunyi tu? Kat sini lah mereka main peranan, mereka tahu ramai suka dengan barang free, so, mereka menggunakan taktik ini untuk menarik perhatian..Siapa yang jadi mangsa? Kasihan, ada pelajar sekolah, jurusan IPTA & IPTS..x kurang juga dengan golongan bekerja..
Sebab tu lah, perlu ingat...I/C atau kad pengenalan kita ADALAH HAK KITA!!!Jangan senang2 bagi salinan pada mereka yang tak dikenali kerana mereka boleh menggunakan I/C kita untuk tujuna yang tidak baik..Dalam I/C lah mereka boleh dapat maklumat kita...Kita mungkin tak sedar pasal hal tu..OK, disini perlu ditegaskan sekali lagi: JANGAN BERI SALINAN I/C KITA SENANG2 KPD MEREKA YANG BARU DIKENALI...Ada baiknya kalau kita buat tanda palang (draw 2 lines) pada salinan I/C sebagai langkah berhati-hati. Contoh, jika salian I/C tu untuk kegunaan temuduga, tulis seperti URUSAN TEMUDUGA SYARIKAT ....SDN BHD SAHAJA. habis cerita..Sekurang-kurangnya mereka tidak boleh gunakan I/C kita sesuka hati mereka.
Ada kes, mereka ditipu apabila ada orang lain yang salah guna maklumat dalam i/c mereka sehingga mereka yang tak bersalah ni jadi pening kepala.. Mana taknya, orang yang buat salah boleh suka hati guna i/c orang lain untuk menganiaya..
Fuh, macam2 taktik menipu kat dunia sekarang...Apa yang penting, hati-hati..Kalau boleh selalu lah baca info semasa, sekurang2nya kita dapat tahu apa isu hot berlaku skrg.
No comments:
Post a Comment