Sunday 23 October 2011

Konvokesyen Bukan Majlis Untuk Bermegah...




Bagi para pelajar,
Setelah puas berpenat lelah mengulangkaji pelajaran siang dan malam..
Menyiapkan assignment dengan penuh dedikasi,
Mendapat keputusan yang agak cemerlang...
Kini tiba masa untuk menerima hasil daripada penat lelah ..
Iaitu dengan adanya konvokesyen...

Ya..konvokesyen...
Hari yang sentiasa di tunggu-tunggu oleh graduan
dengan diiringi senyuman, tepukan serta  tangisan ibu bapa
kerana terlalu bersyukur dengan kejayaan anak masing-masing...

Tapi perlu diingatkan dalam diri...
Majlis konvokesyen bukanlah majlis untuk bermegah-megah
Menunjukkan kepada umum bahawa kita lah pelajar terbaik
Mendapat penganugerahan yang di sanjung tinggi..

Sebaiknya perbetulkan niat dan tanggapan terhadap majlis
konvokesyen..
Cuba fokuskan kepada sesuatu yang positif...
Apa tujuan selama ini kita belajar? 
untuk mendapat sanjungan atau niat untuk beribadah?
Jadikan majlis konvokesyen ini sebagai majlis
                                                              kesyukuran buat kita...
Raikanlah ia dengan perasaan penuh kesyukuran
atas nikmat dan rezeki yang telah Allah kurniakan kepada kita...
Jauhkan perasaan riak dalam diri... 

Jangan jadikan majlis konvokesyen ini sebagai lambang kita
bermegah dengan prestasi pencapaian kita..
Wallahuallam...

No comments:

Post a Comment