GURU
Guru...bukan satu pekerjaan yang mudah...
Ia memerlukan kesabaran dan minat yang tinggi
tidak terkecuali keikhlasan untuk mengajar...
InsyaAllah melalui keikhlasan tersebut akan melahirkan kasih sayang
antara seorang guru dan murid-muridnya...
Hanya mereka yang pernah menceburi profession seorang guru dapat merasai
manis dan pahit maung bergelar guru...
Ia bukan semudah yang disangka..bukan seperti mudahnya mulut berbicara..
Seiring perubahan teknologi, profession mulia ini turut tidak terkecuali
dalam mengharungi cabaran yang lebih mencabar dalam mendidik anak bangsa
Zaman kini dapat disaksikan bagaimana penilaian murid-murid (sebilangan sahaja) terhadap guru adalah amat berbeza
daripada penilaian terhadap guru pada zaman sebelum-sebelumnya...
Sikap anak-anak yang terlalu di manjakan membuatkan mereka bertindak
keras kepala dan berani melawan guru...
Akhlak seperti ini seharusnya tidak berlaku dalam etika terhadap guru..
Walaubagaimanapun dalam permasalahan ini kesalahan tidak boleh hanya
di tuding kepada sebelah pihak sahaja..
Dalam hal yang dianggap serius ini
seharusnya semua pihak harus sama-sama berganding bahu memikirkan alternatif yang berkesan untuk
merungkai permasalahan ini...
Berdasarkan kepada pengalaman sendiri yang pernah menggalas tugas sebagai guru, (masih dianggap terlalu sedikit),
adakalanya diri merasa tidak berdaya memikul tugasan yang mencabar ini
Walaupun begitu, apa yang dapat di jadikan teladan ialah melalui penerapan nilai-nilai
kerohanian kepada kanak-kanak di peringkat awal mampu melahirkan sikap disiplin yang tinggi
walaupun di kala mereka bergaul sesama sendiri..
Mana tidaknya, jika sewaktu mereka masih kecil, mereka telah dididik oleh orang sekeliling mereka (ibu bapa, guru, rakan) dengan disiplin yang tinggi
seperti tidak meninggalkan solat, tidak melawan orang yang lebih berusia daripada mereka serta
mengucapkan perkataan yang baik-baik....
Tidak mustahil mereka akan terus membawa sikap disiplin mereka ini sehingga mereka dewasa kelak..InsyaAllah... P/S: Sekadar berkongsi sedikit pendapat..
No comments:
Post a Comment