Monday, 17 October 2011

Facebook Bukan Medan Buka Aurat!!!

FACEBOOK atau MUKA BUKU....

Umum mengetahui bahawa pengguna Facebook begitu ramai dan meluas..hinggakan di katakan sesiapa yang tidak mempunyai account facebook akan di katakan ketinggalan zaman..malah kanak-kanak juga tidak ketinggalan untuk mempunyai akaun facebook sendiri untuk menambahkan kenalan..

Walaubagaimana pun harus diingat, dalam keadaan kita bergembira melayari akaun facebook, bertukar-tukar gambar sesama rakan, saling menghantar post..jangan kita LALAI dalam etika meletakkan gambar untuk di jadikan tatapan rakan-rakan kita...

"Filter" terlebih dahulu gambar-gambar sebelum di muat turun untuk di jadikan tatapan umum...Fikir terlebih dahulu adakah gambar yang ingin di muat turun itu lebih menjerumus kepada sesuatu yang negatif pada pandangan umum atau pun tidak....Sebaiknya gambar yang bersifat peribadi tidak di muat turun sesuka hati kerana boleh jadi adanya pencerobohan akaun facebook anda...Jadi jaga-jaga sebelum menyesal...

Satu lagi aspek yang penting harus dititik berat disini ialah dalam etika berpakaian....Seeloknya hendaklah berpakaian yang menutup aurat, JANGAN JADIKAN FACEBOOK SEBAGAI MEDAN BUKA AURAT!!!..(Sesuai dengan tajuk post ni)...Sebagai kaum muslimin dan muslimat, anda semestinya telah mengetahui aurat anda yang WAJIB di tutup bukan...Anda harus ingat bahawa gambar yang di upload itu boleh di lihat oleh sesiapa sahaja tanpa mengira status, latarbelakang mereka, masa dan tempat..Adakah anda terfikir, sewaktu anda nyenyak tidur, golongan-golongan di luar sana sedang 'leka'  menatap wajah comel  yang sengaja anda paparkan tersebut? Adakah anda terfikir apakah persepsi mereka terhadap anda? Boleh jadi mereka sedang memuji anda...boleh jadi mereka sedang mengumpat keburukan anda....boleh jadi mereka mentertawakan anda....segalanya mungkin...Oleh itu,kenapa anda berani menerima risiko tersebut?

Banyak kes-kes jenayah siber di luar sana...Yang menjadi mangsa terpaksa menanggung malu tidak bertepi..Akhirnya diri tertekan dan mula rasa diri tidak berguna..

Contoh: Andaikan jika profile anda termasuk picture2 anda yang di upload dalam pelbagai posing itu di tatap oleh seorang PENJENAYAH barangkali..ataupun oleh seseorang yang menjadikan kita sebagai admire secara diam-diam...lalu tanpa kita sedar, individu terbabit menyimpan gambar kita  untuk di jadikan simpanan atau melepaskan nafsu mereka? Lebih parah jika gambar-gambar kita itu di jadikan mangsa melepaskan geram mereka atau di panggil penganiayaan seperti menggunakan teknik SUPER IMPOSE untuk di jadikan bahan ketawa mereka, tetapi menjadi sesuatu yang memalukan buat kita terutamanya kaum HAWA...

Di atas ini hanya satu contoh diberi , di luar sana yang berpaksikan realiti, banyak lagi kes-kes yang melibatkan jenayah siber ini..Oleh itu, berhati-hati dalam menggunakan teknologi yang semakin advance ini.. Biar setinggi manapun teknologi, maruah diri nombor SATU di utamakan... 

(P/S: Sekadar menyampaikan pesan)..:)

No comments:

Post a Comment