Tuesday, 25 October 2011

Adakah Kita Sedih Jika...



Adakah kita sedih jika....Kita hidup dalam kemiskinan...Sudah berusaha tetapi masih hidup dalam keadaan miskin??

Adakah kita pasti bahawa jika kita mempunyai banyak wang, kita akan memanfaatkan wang tersebut di jalan yang diredhai Allah?

Abu Zar menyatakan, Rasulullah SAW bersabda :
"Orang yang memiliki wang dua dirham hisabnya lebih berat jika di bandingkan dengan orang yang hanya
mempunyai wang satu dirham. Dan orang yang mempunyai wang dua dinar hisabnya lebih berat daripada orang yang hanya mempunyai satu dinar." (H.R Baihaqi)..

Oleh itu, marilah kita bersama-sama bersyukur dengan segala nikmat yang telah di berikan Allah kepada kita.Jangan sesekali menggunakan jalan yang salah untuk mencapai matlamat kita seperti rasuah, riba , merompak dan sebagainya kerana jalan-jalan tersebut ternyata terpesong daripada ajaran Islam.

Kita akan lebih merasa nikmatnya apabila kita mendapatkan sesuatu dengan usaha kita sendiri iaitu dengan cara yang halal walaupun di penuhi pelbagai onak untuk di tempuh...Dan apa yang penting ialah menggunakan nikmat tersebut dengan sebaik-baiknya di sertai perasaan penuh syukur kepada Ilahi.








Monday, 24 October 2011

Jika Sesuatu Itu Bukan Milik Kita.......


Jika sesuatu itu sudah di takdirkan bukan milik kita...
bukan rezeki untuk kita
Bagaimana kita berusaha, ia tetap bukan milik kita..

Tetapi jika sesuatu itu sudah di takdirkan milik kita
Walaupun dengan usaha yang sedikit, ia tetap jadi milik kita...
Kerana segala rezeki, ketentuan  telah di tentukan oleh Allah SWT untuk setiap hamba-hambanya
Allah sentiasa bersifat adil dalam memberi rezeki.
Oleh itu belajarlah agar sentiasa redha atas setiap kurniaan Ilahi...

:Ingatan kepada diri...

Apa yang kita lakukan jika.....




Gambar hiasan


Apa yang kita lakukan jika sewaktu sedang asyik membeli belah di  pusat membeli belah, TIBA-TIBA sudah masuk waktu solat. Kedengaran azan berkumandang yang menyeru manusia menunaikan solat fardhu????Adakah kita....

  • Segera mencari surau ??
  • Membeli kesemua barangan yang diinginkan terlebih dahulu sebelum ke surau??
  • Berniat untuk qadha solat di rumah??
  • Buat-buat tidak tau / endah tak endah??

 Walau dalam keadaan bagaimana sekalipun, ibadah solat JANGAN DITINGGALKAN kerana meninggalkannya merupakan satu dosa besar..Gunakan masa sebaik-baiknya..Tidak salah membeli belah, namun jangan juga lupa untuk mendirikan solat..


Sunday, 23 October 2011

Cara Menyerikan Wajah...




Ramai yang sanggup berhabis wang untuk membeli pelbagai produk kecantikan
semata-mata untuk memastikan wajah cantik berseri dan menawan,
walaupun begitu, adakalanya produk yang di beli mendatangkan mudarat 
apabila didapati ianya tiada keserasian dengan kulit,
malah kulit bukan semakin cantik tetapi semakin bermasalah..

Sebenarnya dengan berwuduk dapat menjadikan wajah kita berseri..
berseri dalam keimanan
selain pada waktu solat
kita juga di galakkan berwuduk pada waktu- waktu  sunat lain
contohnya waktu sebelum tidur
dan juga sewaktu kita dalam keadaan marah..

Kesan wuduk yang sempurna dapat melahirkan ketenangan dalam jiwa
sekaligus memberi kesan kepada wajah kita..:)

Konvokesyen Bukan Majlis Untuk Bermegah...




Bagi para pelajar,
Setelah puas berpenat lelah mengulangkaji pelajaran siang dan malam..
Menyiapkan assignment dengan penuh dedikasi,
Mendapat keputusan yang agak cemerlang...
Kini tiba masa untuk menerima hasil daripada penat lelah ..
Iaitu dengan adanya konvokesyen...

Ya..konvokesyen...
Hari yang sentiasa di tunggu-tunggu oleh graduan
dengan diiringi senyuman, tepukan serta  tangisan ibu bapa
kerana terlalu bersyukur dengan kejayaan anak masing-masing...

Tapi perlu diingatkan dalam diri...
Majlis konvokesyen bukanlah majlis untuk bermegah-megah
Menunjukkan kepada umum bahawa kita lah pelajar terbaik
Mendapat penganugerahan yang di sanjung tinggi..

Sebaiknya perbetulkan niat dan tanggapan terhadap majlis
konvokesyen..
Cuba fokuskan kepada sesuatu yang positif...
Apa tujuan selama ini kita belajar? 
untuk mendapat sanjungan atau niat untuk beribadah?
Jadikan majlis konvokesyen ini sebagai majlis
                                                              kesyukuran buat kita...
Raikanlah ia dengan perasaan penuh kesyukuran
atas nikmat dan rezeki yang telah Allah kurniakan kepada kita...
Jauhkan perasaan riak dalam diri... 

Jangan jadikan majlis konvokesyen ini sebagai lambang kita
bermegah dengan prestasi pencapaian kita..
Wallahuallam...

Saturday, 22 October 2011

Ketika Azan Berkumandang


 Ketika azan berkumandang,
Apa yang kita lakukan??
Adakah masih berbual??
Masih ketawa terbahak-bahak??

Adakah kita terfikir, ketika lagu kebangsaan dinyanyikan, 
kita di minta agar berdiri tegak, 
tanpa bercakap, tanpa bergerak...
kerana ia merupakan tanda hormat..

Tapi..kenapa ketika azan berkumandang,
kita tidak menunjukkan penghormatan tersebut?
Kenapa masih bergelak ketawa
sehinggakan suara muazin yang mengalunkan azan
tenggelam dengan suara kita??





Friday, 21 October 2011

ETIKA MEMAKAI CINCIN....

Gambar hiasan



Harus diingat bahawa memakai cincin juga mempunyai etika...Jangan memandang rendah isu pemakaian cincin ini....


Nabi Muhammad Saw berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:
  •   jari manis
  •   jari kelingking (anak jari)  
  •  




    dan jangan memakai pada jari:
    •   jari tengah
    • jari telunjuk

    Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah
    meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
     

    Mengapa Di katakan Cinta Itu Buta?






    • Pasangan yang bercinta merasakan  seolah-olah merekalah pasangan yang paling bahagia di muka bumi apabila menemui kekasih hati yang di damba, sedangkan cinta kepada Ilahi ialah cinta yang paling membahagiakan...
    • Pasangan yang bercinta sanggup berbuat apa sahaja demi kekasih yang disayangi demi membuktikan ketulusan cinta mereka. Di kala ini mereka sudah melupakan dosa pahala, apa yang halal dan haram..
    • Apabila di katakan cinta itu buta, mereka sanggup mengetepikan pendapat dan larangan keluarga sendiri. Mereka merasakan hanya pendapat mereka sahaja yang betul. Maka tidak hairanlah apabila ada di kalangan mereka sanggup berhabis duit demi kekasih..ATAU bagi mereka yang berkahwin pula, apabila adanya 'Kekasih gelap' antara suami atau isteri, rumah tangga akan porak peranda, anak-anak terabai dan sebagainya..
    • Apabila cinta yang mereka dambakan itu tidak ke mana atau terputus di tengah jalan, mereka mula menyalahkan takdir dan menganggap bahawa hidup mereka sudah tidak bererti. Tidak hairanlah ada yang mengambil jalan singkat dengan menamatkan riwayat mereka sendiri.. Wallahualam. 

      Thursday, 20 October 2011

      Guru VS Murid....

       GURU 
       

      Guru...bukan satu pekerjaan yang mudah...
      Ia memerlukan kesabaran dan minat yang tinggi 
      tidak terkecuali keikhlasan untuk mengajar...
      InsyaAllah melalui keikhlasan tersebut akan melahirkan kasih sayang
      antara seorang guru dan murid-muridnya...
      Hanya mereka yang pernah menceburi profession seorang guru dapat merasai
      manis dan pahit maung bergelar guru...
      Ia bukan semudah yang disangka..bukan seperti mudahnya mulut berbicara..
      Seiring perubahan teknologi, profession mulia ini turut tidak terkecuali
      dalam mengharungi cabaran yang lebih mencabar dalam mendidik anak bangsa
      Zaman kini dapat disaksikan bagaimana penilaian murid-murid (sebilangan sahaja) terhadap guru adalah amat berbeza
      daripada  penilaian terhadap guru pada zaman sebelum-sebelumnya...
      Sikap anak-anak yang terlalu di manjakan membuatkan mereka bertindak
      keras kepala dan berani melawan guru...
      Akhlak seperti ini seharusnya tidak berlaku dalam etika terhadap guru..
      Walaubagaimanapun dalam permasalahan ini kesalahan tidak boleh hanya 
      di tuding kepada sebelah pihak sahaja..
      Dalam hal yang dianggap serius ini
      seharusnya semua pihak harus sama-sama berganding bahu memikirkan alternatif yang berkesan untuk 
      merungkai permasalahan ini...
      Berdasarkan kepada pengalaman sendiri yang pernah menggalas tugas sebagai guru, (masih dianggap terlalu sedikit),
      adakalanya diri merasa tidak berdaya memikul tugasan yang mencabar ini
      Walaupun begitu, apa yang dapat di jadikan teladan ialah melalui penerapan nilai-nilai 
      kerohanian kepada kanak-kanak di peringkat awal mampu melahirkan sikap disiplin yang tinggi
      walaupun di kala mereka bergaul sesama sendiri..
      Mana tidaknya, jika sewaktu mereka masih kecil, mereka telah dididik oleh orang sekeliling mereka (ibu bapa, guru, rakan)  dengan disiplin yang tinggi 
      seperti tidak meninggalkan solat, tidak melawan orang yang lebih berusia daripada mereka serta
      mengucapkan perkataan yang baik-baik....
      Tidak mustahil mereka akan terus membawa sikap disiplin mereka ini sehingga mereka dewasa kelak..InsyaAllah...

      P/S: Sekadar berkongsi sedikit pendapat..

      Sakit Gigi??????



      Aduh!!! Sakit gigi...
      Bagaimana jika gigi anda sakit secara tiba-tiba....TAPI TIADA UBAT??

      Ada beberapa petua yang boleh anda cuba untuk meredakan sakit gigi..

      Antaranya ialah dengan menggunakan  bunga cengkih

      • Cuma rendamkan bunga cengkih dalam air suam
      • Letakkan bunga cengkih tersebut di tempat gigi yang sakit..

      Selain itu anda juga boleh menggunakan air garam..Iaitu garam  yang di campurkan dengan air suam...
      Lalu berkumur beberapa kali dengan air tersebut..
      InsyaAllah sakit gigi anda akan 'reda' ..TAPI jangan lupa selepas itu rujuk ke klinik gigi untuk rawatan seterusnya...



      BUANG BAYI LAGI!!

      Ini kah 

      Yang di mahukan 
       
      Dalam masyarakat kita?????












































      Kerana terlalu menurut hawa nafsu

      Maruah tergadai...

      Bayi tidak berdosa menjadi mangsa...

      Adakah ini yang anda mahukan????



      Tepuk dada tanya IMAN!.....


      Wednesday, 19 October 2011

      PANASNYA API NERAKA!!!!

      Kepanasan api di neraka ialah 70 kali ganda daripada kepanasan api di dunia!!!
      (Gambar sekadar illustrasi)

      (Gambar sekadar illustrasi)      
      Dapatkah anda bayangkan kepanasannya????? 
       
      Rasulullah SAW bersabda : 
      "Sesungguhnya api yang kita saksikan di dunia ini adalah 
      satu bahagian daripada 70 bahagian daripada api neraka jahanam"


      Hieraki kolesterol dalam makanan...



      Kali ni nak kongsi sikit info mengenai makanan...Adakalanya kita pun tak sedar bahawa makanan yang selalu kita makan dan menjadi favourite kita rupanya mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi...

      1)   CARTA PERTAMA BERKOLESTEROL PALING TINGGI

      - Makanan seperti telur, ikan masin, udang kering.....

      2)  BERKOLESTEROL TINGGI
      - Makanan laut (udang, sotong etc), mentega, hati dan limpa


      3) BERKOLESTEROL SEDERHANA
      - Ayam, daging kambing dan sesetengah ikan..

      4) BERKOLESTEROL RENDAH
      - Ikan, keju dan susu

      5) BERKOLESTEROL PALING RENDAH
      - Sayur-sayuran dan buah-buahan..

      (Info dari pelbagai sumber)...


      Tuesday, 18 October 2011

      SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN....



      Solat itu tiang agama...
      WAJIB ditunaikan walau dalam keadaan apa sekalipun..
      Jangan meremehkan ibadah yang wajib ini
      Segeralah solat..jangan bertangguh
      Jangan menunggu ketika tubuh sudah menjadi kaku
      Waktu itu menyesal sudah tidak berguna lagi..
      Oleh itu Sembahyanglah Anda Sebelum Anda Disembahyangkan...










      .Syukuri Nikmat yang ada..

      Tak ada manusia yang sempurna@ perfect..
      masing2 mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing
      Jangan menganggap bahawa kita lebih tinggi daripada orang lain..
      Jangan sesekali memandang rendah pada orang lain..

      Jika kita bijak, masih ada yang lebih bijak daripada kita
      Jika kita cantik, masih ada yang lebih cantik daripada kita,
      Jika kita kaya, masih ada yang lebih kaya daripada kita..

      Apa yang penting, syukuri nikmat yang ada...
      Tidak menyombong diri, tidak bersifat ego, riak  dan jangan kufur nikmat




       
      Jangan pula jika kita tidak mendapat apa yang kita mahu, 
      kita akan menyalahkan takdir..
      Ingatlah kita hanya menumpang di bumi ciptaan Ilahi
      Ikut perintah Allah, syukuri nikmat Allah,
      Nescaya jiwa menjadi tenang..Insya Allah..

      Monday, 17 October 2011

      Facebook Bukan Medan Buka Aurat!!!

      FACEBOOK atau MUKA BUKU....

      Umum mengetahui bahawa pengguna Facebook begitu ramai dan meluas..hinggakan di katakan sesiapa yang tidak mempunyai account facebook akan di katakan ketinggalan zaman..malah kanak-kanak juga tidak ketinggalan untuk mempunyai akaun facebook sendiri untuk menambahkan kenalan..

      Walaubagaimana pun harus diingat, dalam keadaan kita bergembira melayari akaun facebook, bertukar-tukar gambar sesama rakan, saling menghantar post..jangan kita LALAI dalam etika meletakkan gambar untuk di jadikan tatapan rakan-rakan kita...

      "Filter" terlebih dahulu gambar-gambar sebelum di muat turun untuk di jadikan tatapan umum...Fikir terlebih dahulu adakah gambar yang ingin di muat turun itu lebih menjerumus kepada sesuatu yang negatif pada pandangan umum atau pun tidak....Sebaiknya gambar yang bersifat peribadi tidak di muat turun sesuka hati kerana boleh jadi adanya pencerobohan akaun facebook anda...Jadi jaga-jaga sebelum menyesal...

      Satu lagi aspek yang penting harus dititik berat disini ialah dalam etika berpakaian....Seeloknya hendaklah berpakaian yang menutup aurat, JANGAN JADIKAN FACEBOOK SEBAGAI MEDAN BUKA AURAT!!!..(Sesuai dengan tajuk post ni)...Sebagai kaum muslimin dan muslimat, anda semestinya telah mengetahui aurat anda yang WAJIB di tutup bukan...Anda harus ingat bahawa gambar yang di upload itu boleh di lihat oleh sesiapa sahaja tanpa mengira status, latarbelakang mereka, masa dan tempat..Adakah anda terfikir, sewaktu anda nyenyak tidur, golongan-golongan di luar sana sedang 'leka'  menatap wajah comel  yang sengaja anda paparkan tersebut? Adakah anda terfikir apakah persepsi mereka terhadap anda? Boleh jadi mereka sedang memuji anda...boleh jadi mereka sedang mengumpat keburukan anda....boleh jadi mereka mentertawakan anda....segalanya mungkin...Oleh itu,kenapa anda berani menerima risiko tersebut?

      Banyak kes-kes jenayah siber di luar sana...Yang menjadi mangsa terpaksa menanggung malu tidak bertepi..Akhirnya diri tertekan dan mula rasa diri tidak berguna..

      Contoh: Andaikan jika profile anda termasuk picture2 anda yang di upload dalam pelbagai posing itu di tatap oleh seorang PENJENAYAH barangkali..ataupun oleh seseorang yang menjadikan kita sebagai admire secara diam-diam...lalu tanpa kita sedar, individu terbabit menyimpan gambar kita  untuk di jadikan simpanan atau melepaskan nafsu mereka? Lebih parah jika gambar-gambar kita itu di jadikan mangsa melepaskan geram mereka atau di panggil penganiayaan seperti menggunakan teknik SUPER IMPOSE untuk di jadikan bahan ketawa mereka, tetapi menjadi sesuatu yang memalukan buat kita terutamanya kaum HAWA...

      Di atas ini hanya satu contoh diberi , di luar sana yang berpaksikan realiti, banyak lagi kes-kes yang melibatkan jenayah siber ini..Oleh itu, berhati-hati dalam menggunakan teknologi yang semakin advance ini.. Biar setinggi manapun teknologi, maruah diri nombor SATU di utamakan... 

      (P/S: Sekadar menyampaikan pesan)..:)

      Musafir Dunia

      Kita hanya musafir..
      Berteduh di bumi ciptaan Allah yang maha Esa..
      Jangan terlalu menurutkan nafsu
      mengejar keindahan dunia yang hanya bersifat palsu semata..
      Ingatlah, kita hanya musafir dunia..