Termenung seketika bila teringatkan satu iklan television yang ada mengetengahkan isu rasuah. Dalam iklan tersebut, ianya menceritakan mengenai keburukan rasuah . Memang, rasuah adalah satu penyakit yang sukar di bendung. Ianya boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira faktor usia dan pangkat. Kadangkala seseorang sanggup memberi rasuah semata-mata untuk mencapai sesuatu yang dihajati tanpa mengira hukum hakam agama.
Disebabkan kepentingan sendiri itulah, membuatkan mereka buta hati dan menganggap wang boleh membeli segala-galanya. Rasuah bukan boleh di pandang ringan. Mereka yang terbiasa dengan rasuah akan menganggap bahawa rasuah tidak membawa apa-apa kesan buruk. Sedangkan jika mereka berfikir lebih jauh, sebenarnya rasuah itu secara tidak sedar boleh membutakan hati. Hati menjadi hitam dengan dosa.
Kesan buruk itu bukan sahaja pada diri mereka tetapi juga keluarga mereka yang tidak semena-mena terkena tempias daripada sikap buruk mereka. Dalam isu rasuah, ia tidak akan berlaku jika salah satu pihak (samaada pemberi atau penerima) menolak. Jelas sekali bahawa kerelaan hati kedua-dua pihak adalah penyebab berlakunya rasuah..Oleh itu, marilah kita sama-sama berdoa semoga diri kita di jauhkan dari terlibat dengan rasuah. Amin..
No comments:
Post a Comment