Friday, 19 July 2013

Ramadan Bulan Penuh Keberkatan

Sedar tak sedar dah masuk bulan Ramadan..Sekejap je masa berlalu..Rasanya baru sahaja Ramadan tahun lepas berlalu, kini Ramadan datang lagi..Syukur dengan kedatangan bulan mulia penuh berkat ini..

Terdapat banyak keberkatan dan kelebihan  didalam bulan Ramadan..Salah satunya ialah malam Lailatulqadar..iaitu malam yang lebih baik dari 1000 bulan...cuba bahagikan 1000 bulan / 12 ? Anda akan dapat jawapannya..Lailatulqadar ialah satu keistimewaan yang hanya ada pada bulan Ramadan dan hanya untuk umat Rasulullah SAW. Ini sebagai tanda kasih sayang Allah kepada kita semua..Semoga kita semua dapat bertemu dengan malam Lailatulqadar dan semoga Allah mengampuni serta menerima amalan baik kita..

Ada juga yang tidak sabar-sabar menyiapkan persiapan menyambut hari raya.. Langsir, perabut,baju,  semuanya hendak yang baru..Bukan tidak boleh berbelanja, tetapi sekadarnya sahaja untuk  elakkan pembaziran..Tak semestinya semua perlu ditukar baru.. Ikutlah kemampuan diri. bersederhana itu lebih baik. Jika kita mempunyai kemampuan yang lebih, seeloknya bersedekah kepada mereka yang memerlukan.Itu lebih baik. Sebaiknya ketika bulan Ramadan yang penuh mulia ni,kita dapat  perbanyakkan lagi mengumpul pahala sepertimana kita beria-ia menyambut hari Raya. InsyaAllah..

Wednesday, 10 July 2013

Wahai suami, jangan menganiaya isteri anda..

Kadang-kadang tak faham dengan sesetengah suami yang menganiaya isteri.. Isteri sendiri, takkan nak aniaya kot? Mingkin ada yang berkata begini..Tapi, jgn sangka tak ada kes macam ni, kalau tak caya cuba tengok kes suami dera isteri, suami kikis harta isteri, suami berfoya-foya diluar dan abaikan isteri. Banyak tak? Bukan kes tu je, byk..tapi cukuplah hanya bagitau setakat tu je..

Bukan kes itu yang ingin dibincangkan tetapi lebih kepada topik, suami jangan aniaya isteri anda. Mereka sudah bersusah payah melahirkan zuriat untuk mu, mereka cuba menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik.. Kalau ada salah faham, sebaiknya berbincang, bukan bincang pakai penampar, terajang semua...Tak macho langsung lelaki yang pukul isteri..Nampak sangat pengecut!!

Pasal kes suami kikis harta isteri, kadang-kadang pelik jugak bila ada jugak laki yang macam ni...Bukan ke kalau dah kawin, lelaki ke yang tanggung anak bini, ni terbalik pulak..Isteri yang kena tanggung suami.Ingat wahai suami, anda sedang memikul tanggungjawab yang berat..tanggungjawab yang akan disoal di akhirat nanti. Mungkin didunia kamu boleh berbuat sesuka hati kamu, tapi tidak di mahsyar kelak..Di situlah mahkamah keadilan sebenar.. Takutlah wahai suami..jangan anggap dengan status anda sebagai suami, bermaksud anda boleh berbuat apa sahaja kepada istteri anda. Anda minta mereka taat kepada anda sedangkan anda sendiri yang tidak menunaikan hak sebagai suami dengan betul..

Ada juga yang berfoya-foya dengan perempuan lain sedangkan isteri di rumah menunggu dengan sabar kepulangan si suami. Bila disoal, marah. Kononnya jangan ambil tahu. Hai, kata suami isteri...Macam ni ke? Takkan nak tanya pun tak boleh? Lepas tu marah pula kalau dapat tahu ada lelaki lain cuba dekat2 dengan isteri or isteri rapat dengan lelaki lain..(Peringatan juga buat isteri, jaga tingkahlaku anda sebagai isteri, jangan dengan alasan dia curang dengan aku, aku pun nak curang juga..itu tak boleh kerana anda masih isteri orang..) 

(Entri ini tidak merujuk kepada mana2 pihak, ianya bersifat umum..Yang baik jadikan teladan dan yang baik jadikan sempadan..Tahniah kepada para suami yang dapat memikul tanggungjawab sebagai suami dengan baik..Semoga Allah merahmati kalian.)

JANGAN BERI I/C ANDA KEPADA ORANG TAK DIKENALI!!!

Berikutan sekarang ni banyak sangat kes yang melibatkan penipuan....ramai yang dah teraniaya oleh org yg tak bertanggungjawab...ramai yang jadi mangsa keadaan tanpa mereka sedari..Contohnya kes sim kad percuma, ramai yang terpedaya dengan taktik agen-agen yang hanya nak kaut untung ni..Mereka hanya ingin mengaut komisyen dan tidak menghiraukan kesusahan orang lain...Ramai mengadu mereka ditipu kerana agen tersebut x memberitahu dengan jelas cas tersembunyi di sebalik SIMKAD PERCUMA tu!!! Percuma ke macam tu? Ya, percuma hanya simkad..camne pula dengan cas tersembunyi tu? Kat sini lah mereka main peranan, mereka tahu ramai suka dengan barang free, so, mereka menggunakan taktik ini untuk menarik perhatian..Siapa yang jadi mangsa? Kasihan, ada pelajar sekolah, jurusan IPTA & IPTS..x kurang juga dengan golongan bekerja..

Sebab tu lah, perlu ingat...I/C atau kad pengenalan kita ADALAH HAK KITA!!!Jangan senang2 bagi salinan pada mereka yang tak dikenali kerana mereka boleh menggunakan I/C kita untuk tujuna yang tidak baik..Dalam  I/C lah mereka boleh dapat maklumat kita...Kita mungkin tak sedar pasal hal tu..OK, disini perlu ditegaskan sekali lagi: JANGAN BERI SALINAN I/C KITA SENANG2 KPD MEREKA YANG BARU DIKENALI...Ada baiknya kalau kita buat tanda palang (draw 2 lines)  pada salinan I/C sebagai langkah berhati-hati. Contoh, jika salian I/C tu untuk kegunaan temuduga, tulis seperti URUSAN TEMUDUGA SYARIKAT ....SDN BHD SAHAJA. habis cerita..Sekurang-kurangnya mereka tidak boleh gunakan I/C kita sesuka hati mereka. 

Ada kes, mereka ditipu apabila ada orang lain yang salah guna maklumat dalam i/c mereka sehingga mereka yang tak bersalah ni jadi pening kepala.. Mana taknya, orang yang buat salah boleh suka hati guna i/c orang lain untuk menganiaya..

Fuh, macam2 taktik menipu kat dunia sekarang...Apa yang penting, hati-hati..Kalau boleh selalu lah baca info semasa, sekurang2nya kita dapat tahu apa isu hot berlaku skrg.

Wednesday, 3 July 2013

HATI2 DENGAN AGEN SIM KAD FREE!!!!!

Kadang-kadang bila tengah jalan2 tu,(biasanya tmpt2 ramai org cam LRT, Monorail , supermarket dll)  ternampak beberapa orang  tengah usha-usha nak cari siapa yang nak sim kad free. Pelbagai-bagai cara/taktik untuk dorg ni goda kita untuk ambik sim kad free tu. Semuanya manis-manis. Ada jugak yang buat tak layan je (memang tepat buat mcm ni), ada juga yang tergoda dengan cara mereka promote sim kad free tu..

Bagi yang dah terkena tu, harap2 lps ni lebih berjaga2. Jangan mudah percaya dengan promoter2 tepi jalan ni lebih2 lg jual/bagi brg free or terlalu murah. Nanti ada yang makan hati.Mcm 1 kes ni, sorg ni dh terambik sim kad free dr agen2 tepi jalan ni..Pastu kena bg i/c utk buat salinan. Pastu ada kena isi borang n signature sekali.ada la promoter tu ckp mcm2, dia pun dh letih, dia ambik je, x guna pun sim tu smpai la 1 hr ada org celcom bgtahu yang dia ni kena byr bil tertunggak smpai beratus-ratus. Memang terkejut la, sbb simkad tu xguna pun..mcmana boleh smpai beratus?Dia ingat bila xguna simkad tu, xjd pape..Rupa2nya..

Pengajaran kt sini ialah JANGAN CEPAT TERPEDAYA DENGAN PROMOTE2 MANIS AGEN TEPI2 JLN NI….selidik dulu pape pun jgn main ambik je..LAGI BAGUS KALAU TERUS JALAN, BUAT TAK LAYAN JE…Kalau dh rasa2 xsedap ati or mmg x perlu pun benda tu, baik tak payah ambik biarpun brg free sekalipun..


Lagipun, mana ada brg free kt dunia ni..Masuk toilet pun kena byr.. Semoga kita semua lebih berhati2..:)

Saturday, 8 June 2013

Syariat dalam pertunangan


  1. Adakan majlis yang sederhana, tak perlu berlebih-lebihan sehingga membazir. Ingat, boros itu sifat syaitan
  2. Jangan mengambil gambar berdua-duaan kerana anda masih lagi bukan suami isteri yang sah. Anda hanya mendapat dosa sekiranya bergambar berduaan dan memperlihatkannya di khalayak ramai.
  3. Segerakan tarikh pernikahan. Dalam tempoh bertunang macam-macam boleh berlaku. Jaga ikatan pertunangan dengan sebaiknya dan jaga etika.
  4. Elakkan bertemu secara berdua-duaan terutamanya di tempat yang sunyi. Anda jangan ingat, apabila sudah bertunang anda sudah mempunyai lesen untuk ke sana ke mari berdua-duaan. Anda masih tidak boleh berbuat demikina. Masih ada batas yang perlu dijaga.
  5. Adakan majlis pertunangan dengan dihadiri keluarga terekat sahaja.

Turutan Wali dalam perkahwinan

Menurut Mazhab Syafii, urutan keutamaan wali adalah seperti berikut:

1)Bapa kandung
2)Datuk sebelah bapa ke atas
3)Adik beradik lelaki seibu sebapa
4)Adik beradik lelaki sebapa
5)Anak saudara lelaki seibu sebapa ke bawah
6)Anak saudara lelaki sebapa ke bawah
7)Bapa saudara sebelah bapa yang seibu sebapa
8)Bapa saudara sebelah bapa yang sebapa
9)Sepupu lelaki sebelah bapa yang seibu sebapa ke bawah
10)Sepupu lelaki sebelah bapa yang sebapa ke bawah

Wednesday, 23 January 2013

Rasuah??Perlu ke?



Termenung seketika bila teringatkan satu iklan television yang ada mengetengahkan isu rasuah. Dalam iklan tersebut, ianya menceritakan mengenai keburukan rasuah . Memang, rasuah adalah satu penyakit yang sukar di bendung. Ianya boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira faktor usia dan pangkat. Kadangkala seseorang sanggup memberi rasuah semata-mata untuk mencapai sesuatu yang dihajati tanpa mengira hukum hakam agama. 

Disebabkan kepentingan sendiri itulah, membuatkan mereka buta hati dan menganggap wang boleh membeli segala-galanya. Rasuah bukan boleh di pandang ringan. Mereka yang terbiasa dengan rasuah akan menganggap bahawa rasuah tidak membawa apa-apa kesan buruk. Sedangkan jika mereka berfikir lebih jauh, sebenarnya rasuah itu secara tidak sedar boleh membutakan hati. Hati menjadi hitam dengan dosa. 


Kesan buruk itu bukan sahaja pada diri mereka tetapi juga keluarga mereka yang tidak semena-mena terkena tempias daripada sikap buruk mereka. Dalam isu rasuah, ia tidak akan berlaku jika salah satu pihak (samaada pemberi atau penerima) menolak. Jelas sekali bahawa kerelaan hati kedua-dua pihak adalah penyebab berlakunya rasuah..Oleh itu, marilah kita sama-sama berdoa semoga diri kita di jauhkan dari terlibat dengan rasuah. Amin..


Kebaikan jintan manis




Jintan manis bukan sahaja boleh digunakan di dalam masakan tetapi ia juga berguna di dalam kesihatan tubuh...Siapa sangka, jintan manis boleh menurunkan berat badan? Kenapa? Kerana jintan manis dalam masa yang sama boleh membakar lemak dalam badan. Selain itu ia juga berperanan untuk membuang angin berlebihan di dalam tubuh. Bagaimana caranya?

1) Rebus jintan manis plus halia yang dipotong halus (jangan pulak letak seketul dlm tu)
2) Biarkan suam dan tapis air jintan
3)Minum air rebusan jintan, seeloknya sebelum tidur. (terpulang kepada individu, boleh juga di pagi hari)

Walaubagaimanapun keberkesanan jintan berbeza antara setiap individu. Namun tidak salah untuk mencuba..

Sunday, 20 January 2013

Apa Erti Cantik?

Apa erti cantik? Apa yang di maksudkan dengan cantik?
Setiap orang boleh memberi pelbagai definisi mengenai cantik kerana ianya membawa kepada sesuatu pengertian yang abstrak.

Sesetengah berpendapat cantik itu berdasarkan rupa yang cantik..
Ada yang berpendapat cantik itu dari akhlak yang dipamerkan..
Ada pula berpendapat cantik itu tidak dapat dilihat..kerana ianya terletak di hati.

Walaupun begitu, sesuatu yang dianggap cantik ialah apabila ia dianggap bernilai bukan sahaja
pada pandangan mata tetapi dari sudut hati..Hiasi peribadi anda dengan peribadi yang cantik akan menyerlahkan diri anda sebagai seorang yang cantik



Faktor penyakit jantung..



Berdasarkan kepada beberapa sumber yang di rujuk, 
antara faktor-faktor sakit jantung ialah di sebabkan oleh:

  • Malas melakukan pergerakan fizikal (bersenam)
  • Tabiat makan yang tidak seimbang
  • Faktor keturunan
  • Tekanan darah tinggi 
  • Obesiti
  • Tekanan
  • MEROKOK

Oleh itu, sayangi jantung anda..

Kegagalan mengajar erti kesabaran

Sememangnya manusia penuh dengan cita-cita...
angan-angan..harapan....

Adakalanya manusia inginkan segala yang diharapkan segera dikabulkan...
kononnya apa yang diharapkan semuanya indah...

Tapi harus di ingat
semua perkara hanya berlaku dengan izin dariNya..

Jangan jadi manusia yang tidak mengenal erti sabar
Kononnya bila sesuatu itu berjaya, dengan bangganya
mengatakan itu hasil dari titik peluh sendiri..

Tapi kalau gagal?
Siapa pula di persalahkan?
Pelbagai alasan dicipta untuk menutup kelemahan diri
kononnya diri sendiri penuh dengan segala kelebihan sehingga
tidak bersedia menempuh walau sedikit kegagalan..

Adilkah begitu??