Friday, 27 March 2015

Ujian Talasemia

Penulis sebelum ni pun bukannya tahu sangat mengenai penyakit ni..Kalau tak silap, sebelum ni
iklan di TV ada bagi info  tentang penyakit ni tapi waktu tu tak ambil endah sangat sebab rasa
ianya tak penting..Sekarang ni bila buat sedikit research dari pihak hospital & internet, baru la dapat
tahu serba sikit tentang penyakit ni..Kiranya makin jelas la..Talasemia ni penyakit genetik (tidak berjangkit macam selesema ye )..Ada talasemia minor dan ada juga talasemia major..

Sekarang pun dah ada yang kena buat ujian saringan talasemia bagi pasangan yang nak kahwin..Kalau sebelum ni just tahu tentang ujian HIV tapi sekarang dah up lagi..Sebenarnya bagus jugak bila ada ujian macam ni sekurang-kurangnya kita dapat tahu keturunan kita ni ada penyakit ni atau tak..Adakah kita pembawa talasemia atau tak..Ianya penting kerana berkemungkinan anak-anak kita pula yang terkena sakit ni jika kita sendiri anggap hal ini remeh..Kesian anak-anak kita kan..Ada juga dengar kes  dimana suami isteri ni tidak tahu pun bahawa mereka ni peghidap penyakit ni (kedua-duanya pembawa talasemia), akibatnya anak-anak yang berisiko besar terkena penyakit ni..Bila keadaan dah jadi macam ni, mesti macam-macam perasaan timbul dalam hati..sedih, risau.

Nak kesan talasemia ni melalui ujian darah  yang diambil kat lengan. Bagi sesiapa yang takut jarum tu, kena tahan sikit la kena cucuk ye..Bukan lama sangat sakit tu, sekejap je..Doktor akan lihat bacaan  dalam sel darah kita tu macam hemoglobin, mch, mcv  dan lain-lain..Kalau ada kelainan dan doktor syak anda pembawa talasemia, ujian akan dilakukan sekali lagi untuk mensahihkan lagi keputusan tu...Memang kalau kedengarannya agak leceh, tapi sebenarnya ujian ni penting..

Batuk? Kenali tahap batuk anda...


Batuk Oh Batuk 

Penulis pernah jugak batuk teruk..biasanya kalau batuk-batuk tu mesti dah dapat agak
nak demam..Pernah juga  risau bila batuk tu ada rasa lain macam sikit,Bila dah berhari-hari
batuk tak reda-reda, akhirnya jumpa doktor..Alhamdulillah, tak ada sakit yang serius..bila
diberi antibiotik, Alhamdulillah semuanya okey..

Biasa la tu, semua orang pernah batuk..tapi, jangan terus pandang ringan
jika batuk anda berpanjangan (kiranya dah makan ubat pun batuk still tak hilang malah
makin teruk), batuk berdarah (erkkk) dan lain-lain..Penulis ni pun bukannya
doktor pun, tapi sekadar berkongsi maklumat yang direfer daripada bahan bacaan lain jugak..

Jika batuk anda:-

1) Mengeluarkan kahak berwarna putih atau jernih, (NORMAL)

JIKA batuk anda

2)  Mengeluarkan kahak berwarna putih tetapi berbuih,
3) Kahak berwarna hijau atau coklat
4) Kahak berdarah atau berwarna gelap seperti karat (SERIUS DAH NI)...

*UNTUK KEADAAN KAHAK YANG BERNOMBOR 2,3 DAN 4...SILA BERJUMPA
DOKTOR YE...